Monday, July 21, 2014

10 Quality Yang Perlu Ada Pada Muslim Sejati


Al-Qur’an dan Hadis adalah dua pusaka Rasulullah SAW yang harus selalu dirujuk setiap muslim dalam segala aspek kehidupan. Satu dari sekian aspek kehidupan yang sangat penting adalah pembentukan dan pengembangan pribadi muslim.

Pribadi muslim yang dikehendaki Al-Qur’an dan sunnah adalah pribadi yang saleh. Pribadi yang sikap, ucapan dan tindakannya terwarnai oleh nilai-nilai yang datang dari ALLAH SWT.

Persepsi atau gambaran masyarakat tentang pribadi muslim memang berbeda-beda. Bahkan banyak yang pemahamannya sempit sehingga seolah-olah pribadi muslim itu tercermin pada orang yang hanya rajin menjalankan Islam dari aspek ubudiyah-nya saja.
Padahal, itu hanyalah salah satu aspek saja dan masih banyak aspek lain yang harus melekat pada pribadi seorang muslim. Bila disederhanakan, setidaknya ada sepuluh karakter atau ciri khas yang mesti melekat pada pribadi muslim.

Sunday, July 20, 2014

Majlis berbuka puasa beramai-ramai di Madrasah Addiniah Al Mardiyah (Pondok Sg.Kob)

Alhamdulillah, Program berbuka puasa beramai-ramai yang dirancangkan pada hari Sabtu (19 July 2014) mendapat sambutan  dan berjalan dengan lancar dengan izinnya di Madrasah Addiniah Al Mardiyah (Pondok Sg.Kob)

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan tahlil







Dan diikuti dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai secara sunah Nabi, makan mengunakan dulang. 







Semoga ikatan yang terjalin sesama kita akan terus kekal selamanya dan diteruskan untuk program-program yang seterusnya. Insyaallah.










Akhir sekali, terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang menjayakan majlis ini secara langsung dan tak langsung dari segi masa, wang ringgit, makanan dan sebagainya. Semoga Allah memurahkan rezeki kita semua hendaknya.

Amin 

Wednesday, July 16, 2014

Labuhkan Pakaianmu





“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Ahzab:59)

Monday, July 14, 2014

PERMASALAHAN SOLAT QADHA


Assalamualaikum...

PERMASALAHAN SOLAT QADHA

Solat qadha terbahagi kepada dua:-

1. Meninggalkan solat kerana keuzuran seperti tertido.
·         Disunatkan menyegerakan qadhanya supaya terlepas dari tanggungjawab dengan segera.

2. Meninggalkan solat dengan sengaja.
·         Wajib menyegerakan qadha
·         Wajib melapangkan sepenuh masa untuk menqqadhanya kecuali masa yang diperlukan untuk keperluan hidup seperti mencari rezeki untuk kehidupan dia dan orang dibawah tanggungannya. Haram untuknya melapangkan masa untuk perkara yang bukan menjadi keperluan hidupnya seperti bercakap sia2,main game,main facebook dan yang seumpama dengannya.
·         Wajib mendahulukan solat qadha yang disengajakan keatas solat qadha yang kerana keuzuran. Haram didahulukan qadha kerana keuzuran yang disengajakan tetapi solat adalah sah.

PERHATIAN!! HARAM menunaikan apa2 bentuk solat sunat bagi orang yang masih ada solat qadha yang belum disempurnakan.

Beratnya Solat Subuh

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya 'dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak "[HR Al-Bukhari dan Muslim]

Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya, hanya dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran, kerana waktunya sangat sempit (sampai matahari terbit)

Tuesday, July 8, 2014

Tips Menguatkan IMAN di bulan Ramadan


Badan lemah, letih, lesu, cepat mengantuk adalah satu perkara yang normal bagi setiap individu. Dalam keadaan ini, ianya boleh menjejaskan aktiviti seharian kita.

Monday, July 7, 2014

FIFA= Fasting Is For Allah


Dimanakah Pendirian kita Antara World Cup dan Bulan Ramadhan

No limit



Bulan puasa, bulan keberkatan, Bulan Rahmat, Dimana pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya.

Bulan dimana manusia berlumba-lumba melakukan amal ibadat bagi mendapatkan keredhaan Allah swt. 

Janganlah kita membiarkan bulan Ramadhan ini berlalu bergitu sahaja. Rebutlah peluang yang diberikan ini sebaik mungkin

Friday, July 4, 2014

Bulan Kesabaran

Sabar adalah inti ajaran Islam dan iman. Bersabar artinya mengendalikan dan memaksa nafsu untuk melaksanakan ketentuan syariat. Sabar adalah saudara dari syukur, karena syukur tidak akan sempurna tanpa kesabaran. Barangsiapa yang bersabar, maka ia telah bersyukur atas nikmat ALLAH yang dikaruniakan kepadanya. Jika kepentingan nafsu dan agama saling bertentangan kemudian kita mengutamakan kepentingan agama, maka berarti kita telah mewujudkan maqom (kedudukan) sabar.
Keutamaan Sabar

Kesabaran memiliki berbagai keutamaan dan manfaat. ALLAH berfirman dalam surat Az-Zumar:10

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dibalas dengan pahala tanpa batas.”

Tuesday, July 1, 2014

Bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini


Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!

****

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.

Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.

Rumah agam besar dan menarik.

Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.

Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.

Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.

Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.