Assalamualaikum...
PERMASALAHAN
SOLAT QADHA
Solat qadha
terbahagi kepada dua:-
1.
Meninggalkan solat kerana keuzuran seperti tertido.
·
Disunatkan menyegerakan qadhanya supaya terlepas dari
tanggungjawab dengan segera.
2.
Meninggalkan solat dengan sengaja.
·
Wajib menyegerakan qadha
·
Wajib melapangkan sepenuh masa untuk menqqadhanya
kecuali masa yang diperlukan untuk keperluan hidup seperti mencari rezeki untuk
kehidupan dia dan orang dibawah tanggungannya. Haram untuknya melapangkan masa
untuk perkara yang bukan menjadi keperluan hidupnya seperti bercakap sia2,main
game,main facebook dan yang seumpama dengannya.
·
Wajib mendahulukan solat qadha yang disengajakan keatas
solat qadha yang kerana keuzuran. Haram didahulukan qadha kerana keuzuran yang
disengajakan tetapi solat adalah sah.
PERHATIAN!!
HARAM menunaikan apa2 bentuk solat sunat bagi orang yang masih ada solat qadha
yang belum disempurnakan.
(Rujukan
kitab bushral kariim syarah kepada mukaddimah hadhramiyah dan juga kitab
mughnil muhtaaj syarah kepada minhaajuttolibiin.)
By: Maulana
Usamah Muhammad.
Siapakah
orang yang DIWAJIBKAN untuk mengqadha solatnya?
·
Lelaki: Yang beragama Islam, berakal dan suci.
·
Perempuan: Tidak diwajibkan mengqadha solat-solat yang
terpaksa ditinggalkan semasa berada didalam keadaan haid.
Jumhur
ulamak pelbagai mazhab bersepakat bahawa orang yang meninggalkan solat
diwajibkan mengqadakannya sama ada dia terlupa atau sengaja meninggalkannya.
Lalu bagaimana jika seseorang itu meninggalkan solat dengan sengaja selama
berpuluh-puluh tahun?
Contoh
kalau seseorang itu meninggalkan solat selama 20 tahun, hendaklah dia mengira
sebanyak mana solat yang perlu digantikan. Contohnya 365 hari (1 tahun)
dikalikan dengan 5 (solat 5 waktu) iaitu bersamaan dengan 1825 waktu yang perlu
diganti. 1825 waktu pula dikalikan dengan 20 tahun, hasilnya ialah 36500 solat
yg perlu digantikan. Jadi masing-masing boleh mengira sendiri samada dalam
tempoh 20 tahun itu dia pernah solat tetapi dalam sekitar 20% sahaja daripada
waktu itu, maka tolaklah 20% daripada jumlah waktu yang perlu diqadhakan itu.
Dengar
macam berat, tapi sebenarnya itulah tanda kasih sayang Allah. Allah
memerintahkan kepada kita untuk solat, mungkin kita dulu jahil/lagha sehingga
meninggalkan solat yg sememangnya wajib ke atas kita. Allah sememangnya nak
masukkan kita ke dalam syurga dengan rahmatNya, maka solat merupakan salah satu
ibadah yang menjadi kuncinya. Jadi, sebenarnya solat adalah salah satu ibadah
yang merupakan satu perjanjian antara kita dengan Allah SWT, seperti yang telah
disebutkan didalam sebuah hadith:
Daripada Ubadah
bin Al-Shomit RA dia berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW
bersabda: 'Sembahyang lima waktu itu telah diwajibkan oleh Allah ke atas
hamba-hambaNya. Barangsiapa yang menunaikannya, bermaakna dia tidak
mensia-siakan sesuatupun daripada kewajipan tersebut lantaran memandang ringan
terhadapnya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan sesiapa yang tidak
menunaikannya maka dia tidak ada apa-apa perjanjian di sisi Allah. Sekiranya
Allah menghendaki Dia akan mengazabkannya dan jika Dia kehendaki, Dia akan
memasukkannya ke dalam syurga." (Hadith riwayat Abu Daud (1420) dan
lain-lain).
Ada sebuah
hadith yang berbunyi: Daripada Anas RA daripada Nabi SAW sabdanya:
"Sesiapa yang terlupa (mendirikan sembahyang) maka dia hendaklah
sembahyang apabila dia mengingatinya dan dia tidak dikenakan kafarrah melainkan
mendirikan sembahyang tersebut. Baginda membaca firman Allah yang bermaksud:
Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati-Ku. (Thaha: 14)" (Hadith
riwayat Al-Bukhari (572) dan Muslim (684) )
Jadi daripada
hadith ini jelaslah bahawa qadha solat sebaik sahaja kita teringat solat yang
kita masih belum tunaikan setelah habis waktu kerana terlupa atau tertidur,
wajiblah dia mengqadha solatnya itu tetapi tidaklah diwajibkan bersegera untuk
menunaikannya. Ia berbeza kepada orang yang sengaja meninggalkan solat kerana
malas, maka wajiblah dia segera mengqadakannya dan memperuntukkan lebih banyak
waktu lapang untuk digunakan bagi mengqadha solat.. Bagi mereka yang terlupa
atau tertidur sehingga tertinggal 1 atau lebih waktu solat, kadangkala
seseorang itu akan teringat pada masa-masa yang dimakruhkan (makruh jenis
tahrim, yakni makruh yang hampir ke tahap haram) untuk solat seperti waktu:
1. Ketika matahari
berada di tengah-tengah langit - kecuali pada hari jumaat - dan selepas
sembahyang Subuh sehingga matahari naik setinggi tombak (setinggi satu galah).
2. Selepas
sembahyang Asar hingga jatuh matahari.
Maka pada
waktu-waktu sebegini tidaklah dilarang untuk menunaikan solat qadha.
Dimana pula
dalil-dalil yang memerintahkan solat qadha bagi mereka yang meninggalkan solat
biarpun bertahun-tahun kerana malas? Seperti yang kita ketahui, sumber ilmu
yang menjadi tatapan para ulamak untuk istinbath (menggali) sesuatu hukum
tauhid dan feqah itu adalah daripada Al-Quran, hadith (yang diambil untuk
dijadikan sunnah), ijma dan qias. Tetapi tidak terdapat hukum daripada Al-Quran
dan hadith yang mengatakan seseorang itu hendaklah mengqadhakan solatnya yang
telah ditinggalkan bertahun-tahun. Ini kerana pada zaman Nabi SAW majoriti umat
Islam pada zaman itu, begitu jarang sekali ada orang Islam yang meninggalkan
solat selain terlupa dan tertidur. Jadi para ulama mendapati masalah ini mula
berlaku apabila umat Islam semakin jauh daripada agama dan melalaikan kewajipan
solat. Jika seseorang itu meninggalkan solat dengan sengaja kerana malas, ia
masih tidak dianggap sebagai kafir kecuali kepada mereka yang mengatakan solat
itu tidak wajib dan sebagainya. Oleh kerana itu para ulama bersepakat
terutamanya dalam mazhab Syafie mewajibkan bagi orang yang meninggalkan solat
dengan sengaja selama bertahun-tahun hendaklah menggantikan/mengqadhakan solat
itu dengan kadar yang tertentu bergantung kepada berapa banyak solat yang
ditinggalkan oleh seseorang itu.
Apakah itu
ijma'? Ijma' merupakan sumber rujukan yang ketiga daripada sumber-sumber hukum
(selepas Al-Quran dan sunnah), apabila kita tidak dapati sesuatu hukum di dalam
Al-Quran dan as-Sunnah maka kita lihat, adakah perkara tersebut telah
disepakati oleh ulama' atau tidak. Sekiranya ia merupakan ijma' ulama', makan
hendaklah kita menerima dan beramal dengannya.
Soalan
Solat
sunat, pun tak bolehkah? Rugilah kalau tak solat sunat. Saya baca banyak
buku-buku yang menerangkan keutamaan solat-solat sunat seperti solat sunat
Dhuha, witir, tarawikh, hari raya dan sebagainya yang sangat banyak fadilatnya.
Takkan tu pun tak boleh kot? Kot ye pun, takkanlah sampai haram..?
Jawapan
Sepakat
ulamak DALAM MAZHAB SYAFI'E mengatakan haram solat sunat selagi solat qadha
masih belum selesai ditunaikan. Selain solat jenazah (solat jenazah merupakan
fardhu kifayah, maka ia berbeza antara fardhu kifayah dengan sunat), semua
solat sunat seperti solat dhuha, witir, solat terawih, solat sunat hari raya
aidilfitri/aidiladha, rawatib, solat hajat, solat taubat dan sebagainya
diharamkan kepada mereka yang mempunyai solat fardhu yang masih tidak
diqadhakan lagi. Ini kerana 1 solat fardhu lebih baik berganda-ganda daripada
semua fadilat-fadilat solat-solat sunat yang disebutkan tadi. Jika kita
menunaikan solat-solat sunat seumur hidup kita pun, ia tidak akan mampu
menggantikan 1 solat fardhu sekalipun. Janganlah kita lupa, solat fardhu
merupakan amalan ibadah kita yang pertama akan dinilai di akhirat nanti.
Boleh lihat
teks dalam Kitab Fiqh Mazhab Yang Empat:
Dari sudut
Mazhab Syafi’e
"HARAM
atas orang yang ada diatasnya sembahyang Qada yang mana wajib atasnya mengQada
sembahyang itu dengan segera bahawa dia menyibukkan diri dengan sembahyang
sunat Mutlak (apa jua sembahyang sunat), sama ada solat sunat Rawatib atau yang
lainnya (sembahyang raya,terawih) hinggalah lepas tanggungannya daripada
sembahyang Qada."
Bukankah
kita boleh menggantikan solat-solat sunat itu dengan solat wajib? Contohnya
sekiranya kita berjemaah di masjid, nak masuk masjid bukankah perlu solat sunat
tahiyatul masjid? Maka gantikanlah solat sunat tahiyatul masjid itu dengan
solat fardhu qadha Subuh contohnya.. Begitu juga dengan solat sunat Dhuha dan
sebagainya... Dan bagaimana pula dengan solat terawih dan solat sunat hari
raya..? Setahun sekali saja kita dapat menemui solat-solat seperti ini,
bukan..? Maka gantikanlah solat sunat terawih itu dengan solat fardhu qadha.
Jadi
masing-masing fikirkanlah sendiri, samada berbaloi atau tidak solat sunat
sedang solat qadha belum diselesaikan lagi.
Soalan
Bagaimana
cara-cara untuk qadha solat fardhu?
Jawapn
Niat solat
qadha ialah seperti biasa, tetapi berbeza sedikit yakni dengan meniatkan qadha,
perhatikan: "Usolli fardhal subhi rok'ataini QADHAAN lillahitaala",
bermaksud: "Sahaja aku menunaikan solat fardhu subuh 2 rakaat QADHA kerana
Allah taala."
Berkenaan
dengan solat sunat terawih dan solat sunat hari raya, bagaimana pula untuk
qadha solat fardhu dalam keadaan berjemaah? Mengenai hal ini, mungkin agak
rumit untuk diperjelaskan dan difahami oleh pembaca, tetapi saya akan cuba
untuk menjelaskan sebaik mungkin.
Qadha solat
fardhu ketika berjemaah dengan jemaah yang menunaikan solat terawih:
·
Biasanya di masjid akan melakukan solat sunat terawih
sebanyak 20 rakaat. Dan ia dilakukan sebanyak tiap-tiap 2 rakaat 1 salam. Jadi
bagi mereka yang nak qadha solat subuh, bolehlah mengikut cara yang disebutkan
tadi cuma perlulah diniatkan sebagai makmum yakni mengikut imam iaitu melalukan
niat qadha solat subuh qadha mengikut imam kerana Allah taala semasa mengangkat
takbir.
Tidak rugi
pun kalau kita meluangkan masa yang lebih panjang setiap hari untuk berdiri di
atas tikar sejadah untuk menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah. Benar,
pada zahirnya pasti akan terdetik perasaan “Rasa macam susah je nak kena qadha
berpuluh dan beratus ribu solat yang
perlu diqadhakan... Kalau tak sempat nak habiskan qadha macam mana?” Allah tak
kejam, Allah tak zalim, melainkan kita yang menzalimi diri sendiri. Tetapi jika
kita sudah berusaha, kemudian Allah dahulukan kematian kita sebelum sempat kita
habiskan semua solat-solat qadha kita, berserahlah kepada Allah, kerana kita
sudah pun berusaha, terpulang kepada rahmat Allah.
Terbitkanlah
rasa takut dengan persoalan-persoalan seperti “Ya Allah, kalau aku buat solat
sunat padahal solat wajib pun aku tak buat lagi ni, agaknya Allah terima ke
solat-solat sunat aku? Tak mungkin seluruh solat-solat sunat yang aku kerjakan
ini mampu menggantikan walau satu solat fardhu sekalipun!”
Ibarat
kita berhutang dengan seseorang.
Contoh….
Kita berhutang kepada seseorang sebanyak RM100 dan sudah sampai masanya untuk
membayar semula pinjaman kita. Sedang kita berjalan hendak membayar pinjaman,
tiba-tiba kita ternampak seorang pengemis yang meminta sedekah di tepi jalan,
lalu kita pun menghulurkan RM100 yang sepatutnya digunakan untuk membayar
hutang, kepada pengemis itu. Lalu apabila si pemberi pinjam itu bertanya, “Mana
hutang aku?” Lalu kita pun menjawab dengan selamba: “Aku dah bagi kat peminta
sedekah tadi la…” Agaknya apakah perasaan kawan kita tu? Mungkinlah dia sedang
banyak duit, dan tak perlukan pun RM100 tu, tapi janji tetap janji. Janji wajib
ditunaikan dalam keadaan kita mampu nak melunaskan janji kita tu. Tapi kita
lebih mengutamakan perbuatan sunat berbanding yang wajib. Patutkah?
Tepuk dada,
tanyalah iman... :)
Wallahualam....
Note:
Sebelum ini ada banyak pendapat2 daripada mereka yg menolak hukum wajib
mengqadha solat ni. Jadi kepada sesiapa yang mahu dalil-dalil wajib qadha
solat, boleh merujuk di dalam kitab:
-Fath
al-Muin 1/23 pada Hamisy I'anah at-Tolibin
-Fiqh
as-Sunnah (2/185).
-Fath
al-Bari (2/71)
-Kitab
Beberapa Mutiara Yang Bagus Lagi Indah atau
-Beberapa
Masalah Yang Penting lagi Mudah (ms 46-47)
-Syarh
Muslim (Karangan Imam Nawawi) 5/181
Dan lihat
khilaf yg tidak diterima dalam agama seperti yg dinukilkan oleh K.H.
Siradjuddin Abbas dalam kitabnya 40 Masalah Agama (ms138) dan yg berkaitan.
Hukum ini
adalah dipegang di dalam agama, sepakat jumhur ulamak2 4 mazhab. Atau
saudara-saudari boleh juga merujuk di dalam sebuah kitab yang berjudul:
KHILAFIAH Persoalan & Penjelasan; Meluruskan Kekeliruan Dalam Masyarakat
Melalui Pencerahan Ulama Panduan Umat, karangan Ustaz Muhadir Bin Haji Joll
terbitan In Team Publishing. Di dalam kitab ini ada sedikit nukilan2 daripada
beberapa kitab/sumber yg menyertakan dalil2 dan kupasan-kupasan untuk ijmak
jumhur ulamak-ulamak mujtahid dalam mukasruat 383-387. (Sila google kitab ini
untuk rujukan gambar cover kitab (yg berwarna hijau)).
----------------------------------------------------------------------------
Rujukan
lain (melihat sudut pandangan yang berbeza di antara mazhab Syafi'e dengan
mazhab-mazhab yang lain):
Tersebut
didalam “KITABUL FIQH ALA MAZAHIBIL ARBAAH” (Kitab fiqh bagi 4 mazhab) bagi
Syeikh Abdul Rahman AL-JAZAIRI dalam bahasa Arab. Juzu 1 (Kitabus Solah) dari 7
juzu .
MengQada
solat yg difardukan yang mana telah luput(ditinggalkan), Wajib diQada dengan
segera. Sama ada luput dengan uzur atau luput dengan ketiadaan uzur. Tidak
harus melambatkan Qada melainkan dengan ada keuzuran seperti bekerja mencari
rezeki dan mencari ilmu yang wajib atasnya(fardhu ain). Dan tidaklah
terangkat(hilang) dosa tinggal solat dengan hanya bertaubat sahaja. Tidaklah
bermakna solat yg ditinggalkan dahulu itu tidak perlu diambil kira. Cuma menuju
kehadapan sahaja. Lalu bersungguh-sungguhlahlah dia melaksanakan solat sunat
dan ibadah sunat.
Dari
sudut Mazhab Syafi’e
----------------------------
HARAM atas
orang yang ada diatasnya sembahyang Qada yang mana wajib atasnya mengQada
sembahyang itu dengan segera bahawa dia menyibukkan diri dengan sembahyang
sunat Mutlak (apa jua sembahyang sunat), sama ada solat sunat Rawatib atau yang
lainnya (sembahyang raya,terawih) hinggalah lepas tanggungannya daripada
sembahyang Qada.
Dari
sudut Mazhab Hambali
----------------------------
Haramlah
diatas orang yang diatasnya itu ada sembahyang Qada bahawa dia sembahyang solat
MUTLAK. Kalaulah solat ia,tidak akan terikat (tidak sah). Jika solat yang
berkait seperti Solat Rawatib dan Witir maka harus baginya. Akan tetapi yang
terutama baginya tinggalkan sembahyang sunat, buat sembahyang Qada.
Dari
sudut Mazhab Maliki
----------------------------
HARAM
diatas orang yang diatasnya ada sembahyang Qada bahawa ia sembahyang sesuatu
daripada sembahyang sunat melainkan Sunat Fajar(subuh),Witir dan Sunat Raya.
Maka apabila dia sembahyang sunat selain dari yang ini seperti sunat Tarawih
adalah ia diberi pahala dari sudut diri sembahyang(suatu ketaatan) dan BERDOSA
dari sudut arah melambatkan Qada. Maliki meringankan sedikit bagi Sunat
Tahiyatul Masjid dan sunat Rawatib.
Dari
Sudut Mazhab Hanafi
----------------------------
Menyibukkan
sembahyang sunat tidak menafikan segera sembahyang Qada. Hanya sesungguhnya
yang terutamanya perlu sibuk dengan Sembahyang Qada yang luput dan tinggalkan
solat sunat melainkan sunat Rawatib,Dhuha,Tasbih,Tahiyatul Masjid,4 rakaat
selepas zohor dan 6 rakaat selepas maghrib.
Pesan
Guruku, yang dikatakan boleh sembahyang sunat oleh Mazhab yang selain Syafi’e
ialah jika ia dibuat bersama dengan sembahyang Qada .
1. Jika sunat
Tarawih 20 rakaat,perlu sembahyang Qada juga 20 rakaat. Mana munasabah jika
Tarawih 20 rakaat,sembahyang Qada 2 rakaat sahaja bahkan ada juga yang tidak
membuat sembahyang Qada.
2. Tersebut juga
didalam kitab “KASYFUL LISAM” diterjemah dari versi arab oleh Alalim Alalamah
Syeikh Zainul Abidin Ibnu Muhammad Fathani, dan pengarang asalnya memindah
masalah2 itu daripada kitab2 yang besar seperti TUHFAH bagi Ibnu Hajar, NIHAYAH
bagi Ramli, dan SYARAH MINHAJ bagi Mahalli. Didalam juzu 2 (ms 22, 7 baris dari
pihak bawah) dicetak di Darul Ihya Al-Kitab, Kaherah,Mesir.
Soalan – Ditanya tentang seseorang yang
ada atasnya beberapa sembahyang fardhu yang luput dengan tiada uzur, maka
bercita-cita ia hendak Qada selepas bulan Ramadhan dan ia hendak mengerjakan
didalam bulan Ramadhan itu Sunat Tarawih. Adakah boleh ia lambatkan Qada’ nya
sebab azamnya hendak Qada selepas Ramadhan.
Jawapan – Wajib mengQada’kan solat dengan
segera dan tiada harus ia berbuat TARAWIH dan sunat lainnya. Kecuali sebab
tinggal solat itu dengan uzur. Jika ditinggalkan tanpa uzur(sengaja) tidak
boleh dilambatkan Qada’nya, perlu disegerakan.
1. Tersebut juga
didalam kitab Al-Hujaj Al-Qath’iyyah Fii Shihhah Al-Mu’taqadaat Wa
Al-Amaliyyaat Al-Nahdhiyyah dalam bahasa arab dan FIQH TRADISIONALIS(bahasa
indon) oleh KH Muhyiddn Abdusshomad, pengasuh Pesantren Nurul Islam(NURIS)
Antirogo Jember.
Sila rujuk Hadis
dari:
Diriwayatkan
dari Anas RA, ia berkata Rasulullah SAW telah bersabda, “Apabila salah seorang
dari kamu tertidur atau lupa sehingga meninggalkan solat, maka solatlah kamu
ketika ingat.Kerana Allah SWT berfirman “tegakkan Solat untuk mengingati-KU”.”Kitab
SHAHIH MUSLIM (no hadis 1104)
Dalam hadis
lain,Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda “barangsiapa yang
lupa(sehingga) sehingga meninggalkan solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat
itu manakala ia telah ingat”. Kitab SHAHIH AL-BUKHARI (no hadis 562)
Dua hadis
diatas menjelaskan bahawa yang wajib mengQada’kan solat hanya orang yang
meninggalkan solat kerana tidak sengaja. Sedangkan orang yang meninggalkan
solat tanpa ada uzur seakan-akan tidak wajib mengganti solatnya.Tetapi sebenarnya
maksud Hadis tersebut tidak seperti itu. Orang yang sengaja tidak melaksanakan
solat juga berkewajipan untuk mengQada’kan solatnya. Sebagaimana yang dikatakan
oleh IMAM NAWAWI dalam kitabnya:
“Sabda NABI
SAW, “Barangsiapa yang lupa melakukan solat,maka hendaklah mengerjakannya
manakala ia ingat”. Hadis ini menunjukkan kewajipan mengQada’kan solat yang
ditinggalkan,baik kerana ada uzur misalnya tidur atau lupa atau tanpa keuzuran.
Hadis ini (sengaja) membatasi dengan kata “nisyan(lupa)” kerana ada tujuan dan
maksud tertentu. Iaitu untuk memberitahu bahawa jika orang yang meninggalkan
solat kerana uzur masih wajib mengQada’kan solatnya, maka apatah lagi orang
yang meninggalkan solatnya tanpa alasan yang dibenarkan, tentu mereka lebih
wajib mengQada’kan solatnya. Masalah dalam Hadis ini termasuk pada perbahasan
“menyebut sesuatu yang lebih rendah, tapi dimaksudkan sebagai peringatan kepada
perkara yang lebih tinggi (al-tanbih bi al-adna ‘ala al-a’la). SYARAH AL-NAWAWI
ALA MUSLIM, juzu 5,ms 183
Disamping
itu,solat merupakan kewajipan seorang muslim kepada Allah SWT. Apabila tidak
dilaksanakan,berarti seseorang mempunyai kewajipan hutang yang harus dibayarkan
kepada ALLAH SWT. Sebagaimana Hadis Nabi SAW.
Dari Ibnu
Abbas RA, beliau berkata “suatu hari seorang laki-laki mendatangi Rasulullah
SAW. Dia bertanya, “Wahai Rasulullah,ibu saya telah meninggal dunia dan dia
mempunyai hutang puasa.Apakah boleh saya menggantikannya?. Rasulullah SAW
menjawab, “Ya Boleh,sebab hutang kepada ALLAH SWT lebih berhak untuk
dilunaskan”. Kitab SHAHIH AL-BUKHARI (no hadis 1817)
Dapat kita
ketahui bahawa betapa solat 5 waktu itu Wajib dikerjakan. Dalam keadaan apapun
ia ditinggalkan, maka harus diganti. Bahkan jika ditinggalkan dengan sengaja
tanpa alasan yang dibenarkan, ia wajib segera menggantikan solat yang
ditinggalkan itu, dan lagi tidak dibenarkan mengerjakan perbuatan lain,
meskipun perbuatan sunat sebelum habis mengQada’kan solat yang
ditinggalkannya..
Sayugialah
para pembaca dapat mengambil manfaat dari tulisan saya ini, dan apa yang
ditulis bukanlah pendapat saya sendiri, tetapi mengambil nas-nas dari kitab2
Fiqh yang Muktabar.
Wallahu
A'Alam….sesungguhnya hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI…
kredit:
jamaluddinab
----------------------------
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment