Alhamdulillah, tahun 2015 Pondok Sg.Kob sebagai penaja selamat menyelesaikan ibadah korban sebanyak 6 ekor lembu
Semoga ibadah yang dibuat pada kali ini diterima oleh Allah s.w.t.'
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Aktiviti korban dan melapah pun bermula. Sebanyak 6 ekor lembu. Semua pakat-pakat mengambil bahagian bagi meringankan tugas dan menyiapkan kerja -kerja sebelum tengahari. Sembelihan Korban bermula, Di jalankan oleh Ustaz Sham :)
Setiap peserta yang mengambil bahagian melafazkan niat dan mewakilkan Ustaz untuk menyembelih lembu korban
Aktiviti melapah bermula secara berperingkat-ringkat. Bermula dari lembu pertama sehingga ke lembu ke-6 oleh setiap peserta dan dibantu juga oleh sahabat-sahabat yang lain
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang dengan izin Allah. Semoga Raya Korban tahun hadapan akan lebih meriah hendaknya. Amin
Terima kasih juga kepada semua yang menbantu dari mula sehingga selesai program.

No comments:
Post a Comment