Alhamdulillah, secara rasminya tertubuh sudah blog rasmi Pondok Sg.Kob yang beralamat di http://madrasahaddiniahalmardiyah.blogspot.com/. Tujuan blog ini diwujudkan bagi berkongsi maklumat berkenaan Madrasah Addiniah Al Mardiyah (Pondok Sg.Kob) dan akviti-aktiviti yang sedang dijalankan dan akan dijalankan dari masa ke semasa.
Madrasah Addiniah Al Mardiyah (Pondok Sg.Kob) ditubuhkan pada tahun 2004 bagi tujuan pembelajaran ilmu agama berdasarkan sistem pondok. Pada masa ini ada sejumlah pelajar yang menetap dan belajar di Madrasah Addiniah Al Mardiyah (Pondok Sg.Kob) dan jumlah pelajar semakin meningkat dari hari ke hari.
Madrasah Addiniah Al Mardiyah (Pondok Sg.Kob) pada masa ini di uruskan oleh Ustaz Rossham Bin Yusoff. Dimana pada masa ini sumber kewangan Madrasah Addiniah Al Mardiyah (Pondok Sg.Kob) dibiayai sepenuhnya oleh sumbagan orang ramai melalui zakat dan wakaf.
No comments:
Post a Comment