Alhamdulillah,
Akhirnya rombongan Madrasah Addiniah Al Mardiyah (Pondok Sg.Kob) melawat
Cameron Highland pada 18 April berjaya di gerakkan mengikut perancangan yang
dijadualkan. Rombongan bertolakh dari Kulim seawal jam 8:30am disertai hampir
40 peserta. Perjalanan dimulai dengan taklimat rinkas dari saudara Rizal dan
disusuli doa dan tazkirah ringkas dari Ustaz Sham.
Kami sampai
di Cameron Highland dan terus menunaikan
sembahyang Jumaat di masjid Tanah Rata dan setelah selesai terus check in Neeza
Chalet. Layanan yang diterima sangatlah baik dimana makan tengahari disertakan
sekali dalam package kami. Memang berbaloi. Alhamdulillah.
Aktiviti di
Cameron Highland sama macam pelancong-pelancong domestik yang lain juga. Sudah
semestinya acara bergambar, shopping 2 di pasar malam tanah rata, beli teh,
buah-buahan dan sebagainya dan acara tak langsung yang secara sendirinya
berjalan iaitu mengeratkan silaturrahim.
Apabila ada
sahaja masa terluang, ianya akan di isi dengan majlis ilmu seperti tanyalah
ustaz dan sebagainya. Sekadar ini sahaja coretan Pak Su. Semoga kita berjumpa
lagi diprogram seterusnya.
No comments:
Post a Comment