Ust Amir
Muttaqin ( Bab Jenazah beserta kisah benar yg menarik).
1. Org yg
nak mati ni antara tandanya hidung jatuh,hidung kesat dan tdk berminyak.
2. Tapak
kaki menjadi flat dan tiada ruang di tgh.
...
3. Nafaz in
dan out menjadi lambat dan tersekat2.
4. Antara
rahmat Allah masa nak mati ,tanda nak mati itu, seseorg akan berubah perlakuan
menjadi baik. Kbykkannya sebegitu dan amat jarang yg berubah mnjdi kjhatan.
5. Lagi
tanda ialah membuatkan kita benci kpd bakal si mati itu. Ada shj yg tdk kena
dan membuat kita terasa dan sehingga tahap membenci. Akhirnya pergi dlm keadaan
kita membenci dan menyesal. Yg ini kena hati2 ketika jaga ibu ayah kita.
Bersabarlah dgn apa sekalipun sikap mereka kerana semua itu sementara. Jgn
menyesal ketika mereka pergi, dlm keadaan kita membenci mereka.
6. Manusia
ini pada mulanya apa sahaja kita akan mkn. Lihat bayi,semua nak telan.
Meningkat remaja sedikit,mula memilih mknn. Menjelang dewasa,dipilih pulak
mknn. Yg ini boleh,yg ini tdk boleh. Akhirnya,hilang selera mkn. Antara nikmat
awl yg Allah tarik ialah mkn.
7. Mereka
yg nazak,akan rasa sgt kehausan. Ambil kapas dan basahkan. Sapu dibibir. Jgn
tuang air kerana itu bukan membantu hilangkan kehausan,tapi bantu utk bg mati.
8. Ketika
nazak,elakkan dari org luar berada bersama. Kerana kebiasaannya,org yg hampir
mati,akan terkencing dan terberak. Utk elakkan fitnah,biarlah ahli keluarga shj
yg ada keliling.
9. Ajarlah
ucap syahadah. Sejak zaman Nabi hingga kini, org yg paling sempurna syahadah
ketika hendak mati ialah Saidina Abu Bakar. Kita ni jgn mimpilah,paling terbaik
pun ucap Allah. Ada ulama benarkan jika tdk boleh ucap Allah,cukup sekadar
tolong gerakkan kelopak mata dan bibir seperti sedang ucap Allah.
10. Ajar
ucap syahadah atau Allah hanya sekali shj. Lepas si nazak sebut,biarkan dia
rehat. Jika si nazak tiba2 bercakap hal dunia balik. Ajarkan sekali lg.
Kemudian rehatkan sehingga tdk berkata hal dunia lagi dan hembuskan nafas
terakhir.
11..
Jenazah yg dah mati hendaklah dibaringkan membelakangkan kiblat(kepala ke
kiblat), yg sedang nazak dibaringkan hadap kiblat ( kaki lunjur ke kiblat).
12.
Tutupkan mata,ikat rongga seperti mulut. Letakkan pemberat di perut kerana org
yg mati perutnya masuk angin dan boleh meletup dlm masa 12jam.
13.. Melayu
Islam kita ni paling lemah bab jenazah dan wasiyat. Hampir RM40 billion skrg
berada di tgn Amanah Raya Bhd. 50% drpnya tdk terurus kerana masalah keluarga
bergolak. Seorg tdk setuju,habis tidak selesai kerana tiadanya wasiat.
14..
Ingatan kpd si mati yg penjawat awam, si waris sila buat pengesahan kematian
dgn hospital kerajaan kerana senang utk urusan pencen dan sbgnya. Ada kes,si
isteri suri rumah sepenuh masa. Akibat buat pengesahan dgn hosp swasta,terpaksa
turun naik pejabat dan mahkamah selama hampir 4 tahun dan akhirnya baru
selesai. Tapi selesai dlm keadaan rumah tergadai,kereta tergadai kerana tiada
duit hendak bayar
15.. Ada
satu kisah kemalangan. Kereta A dan kereta B. Kereta pemandunya Nepal Kristian
dan kereta B melayu Muslim. Kedua2nya mati dan hancur separuh badan. Kedua2
keluarga diminta hadir utk pengecaman. Keluarga melayu Islam hadir dan buat
pengecaman. Setelah itu,dikebumikan dulu kerana,keluarga Nepal mmg lama baru
akan dtg Msia.Mayat yg dikatakan Nepal td disimpan dahulu dlm bilik mayat.
Seminggu selepas itu, smpai keluarga Nepal. Keluarga Nepal buat pengecaman dan
mengatakan itu bkn anaknya. Pggil kembali keluarga melayu Islam td dan camkan
balik mayat yg dianggapkan mayat Nepal td. Ibunya dtg dan cam smbil menangis
dan katakan kpd saya (ustaz). Bukan kah kita sudah kebumikan? Ah sudah, ini kes
salah mayat ni. Terpaksalah digali kembali td kubur td setelah dpt pengesahan
mahkamah. Kubur itu terletak di KL.Lalu ketika digali,bdk2 dbkl yg terlibat
menggali dgn tiba2 lari. Rupanya tanah kubur itu sgt panas. Digali lagi,tanah
itu seperti tanah terbakar dan hitam. Akhirnya dibuka liang lahad,mayat hanya
tggal bhgian kaki dan berada dlm keadaan tenggelam dgn air dan berbau busuk.
Nasib baik keluarga Nepal tdk menjadikan itu kes besar dan setelah pengecaman
melalui kaki itu,mayat itu dipindahkan.
16. Ketika
jenazah yg baru mati juga,qiamkan tgn seperti solat. Ada 1 kisah psl qiam. Ada
seorg imam ,umur muda dlm 30an. Dia meninggal setelah rebah pening ketika sudah
khutbah Jumaat. Ketika mandikan jenazah,tgnnya yg didepakan utk kembali qiam
dgn sendirinya. Kwn2 sy ada yg lari. Mana tdknya dlm keadaan mcm tu masa
mandikan di bilik mayat. Inilah tandanya org yg jaga solat. Tgnnya akan qiam
dgn sendirinya. Begitulah mereka yg tdk solat,tgn diikat mcm mne pun utk
qiam,akan terbuka juga akhirnya. Oleh itu,utk elak fitnah,ikatlah dgn sebaik2
nya utk tgn diqiamkan. Ingtlah,amalan kita didunia ini lah yg akan menjd
penentu kita di alam barzakh nanti.
17. Antara
kisah lain,tuan2 mesti dah biasa terbaca kisah tdk lama dulu tentang kubur yg
digali semula di Johor. Media mengatakan mayat itu agamawan,tapi sbnrnya mayat
itu dermawan. Sy salah seorg panelis utk kes gali kubur itu. Ketika sy smpai
sana,hampir separuh sudah digali. Mayat itu tdi,dia seorg dermawan kerana
setiap hari,kanak2 yg lalu ke sekolah akan diberinya wang saku. Ketika
mlm,diwajibkan mereka hadir ke rumah utk mkn mlm. Sesudah itu diajar mengaji
mengikut peringkat. Mayatnya sudah hampir 26 tahun ditanam. Ketika digali,tanah
sudah berbau wangi. Tanah menjadi lembut. Kain kafannya bersih dan hanya
sedikit kotor akibat tanah. Kain kafannya bersih mcm guna clorox. Dan ini kisah
yg ramai org awam tdk tahu,hanya yg ada ketika itu tahu. Ketika sesi
pengecaman,dipanggil anak saudara atau cucunya utk pengecaman. Apabila kain
dibuka,cucunya mengatakan ini bukan datuk saya. Bayangkan tuan2, cucu tdk cam
datuknya. Kami katakan inilah datuk kamu. Tahu kenapa? Wajahnya tdk seperti
ketika datuknya meninggal,tapi kelihatan muda 20 tahun dari itu.
18.
Akhirnya, belajarlah bab jenazah. Pengakhiran terbaik bg kita ialah pabila bapa
meninggal,anak2 dan isteri yg mandikan dan kafankan. Mak meninggal, bapa dan
anak2 yg mandikan dan kafankan. Tdk malukah kita, jenazah diusik
kemaluannya,dimandikan oleh org yg bukan darah daging kita? Mana maruah
kita?Oleh itu, sahutlah seruan saya.
Wallhua'alam.
*Maaf tiada
gambar ustaz kerana tdk bawa hp. Nota ini hanya apa yg ana ingat dan tulis
semula ketika pulang. Maaf jika kurang baik.
credit to
-Bro Zeirie-
No comments:
Post a Comment