Sunday, November 23, 2014

4 Jenis Hidayah Bagi Pecinta Ilmu


Apabila kita menghadiri majlis ilmu. Ada 4 jenis hidayah yang akan kita dapat

1- Hidayah Hadir
    Beruntunglah mereka yang Allah pilih untuk hadir kemasjid 
    ataupun majlis –majlis ilmu.

2-Hidayah Dengar
   Memberi sepenuh perhatian dan minat terhadap ilmu yang
   dikongsikan (tidak tidur semasa majlis ilmu)

3-Hidayah Faham
   Memahami isi perkongsian ilmu dengan jelas dan mampu
   menyampaikannya pula kepada ahli keluarga,jiran, rakan-rakan
   seperti mana yang dipelajari semasa kuliah.

4-Hidayah Faham
   Mampu mengamalkan apa yang dipelajari dengan sepenuh jiwa
   dan bertekad untuk memperbaiki diri kearah yang lebih positif dari
   hari kesehari berpandukan ilmu yang dipelajari.


Justeru itu beruntunglah mereka yang mendapata kesemuanya dan sedikit kerugian bagi mereka yang hanya menadapat 1/4, 1/2 @ 3/4 sahaja.

Saturday, November 15, 2014

Bersangka Baik


Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada orang lain. Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.
Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Friday, November 14, 2014

Bila Anak Merajuk


Sedih baca ni
Ingatan utk diri sendiri juga ni....
Antara masa kerja mencari gaji  dan masa demi anak2.๐Ÿ‘ช
... Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 ibu pun blk lewat๐Ÿ•—....
Anak2 redha di tempat org... Belajar๐Ÿ” ๐Ÿ”ค, bermain, Riang , Kongsi makan  dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!,
Sepanjang di tempat kerja,, anak2 di rumah  pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah, Rindu ibu ,
Tp... Nak ckp rindu x reti...  Nak tulis surat , xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg ๐Ÿ•• diulang, 6:00 ptg ๐Ÿ•• saat anak nampak ibu dan ayah dia , anak kita tekad... Dia nak ibu tgk dia .... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI ๐Ÿ™‡shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Ibu saya rindu n sayang sgt kat ibu....."

Wednesday, November 12, 2014

Cahaya Dalam Kegelapan Subuh


Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)

Tuesday, November 11, 2014

Masihkah ada waktu


Mungkin hari ini kita beruntung dan berasa lapang dada kerana terselamat daripada dosa, tapi bagaimana dengan hari esok dan seterusnya? Adakah kita boleh memberi jaminan tidak terbabit dengan sebarang dosa?

Ada orang hidupnya dipenuhi dosa. Pendek kata dalam sehari semalam, semuanya mendatangkan dosa. Di dalam rumah mahupun di luar, segalanya menyebabkan dosa. Apa fikiran anda terhadap orang seperti ini?

Sebelum itu, cuba kita perhatikan ayat 53 daripada surah az-Zumar yang bermaksud: “Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”