Wednesday, December 17, 2014

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid


WAHAI anakku …

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid

Betapa banyak orang yang kaya raya tidak sanggup untuk mengerjakannya. Jangankan sehari lima waktu, seminggu sekali pun terlupa. Tidak jarang pula seumur hidup, tidak pernah singgah ke sana.


Orang pintar dan pandai pun sering tidak mampu melakukannya. Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universita di Eropah, Australia, ataupun Amerika.

Monday, December 8, 2014

Penat Di Dunia, Penat Di Akhirat ataupun Penat Di Dunia, Berehat di Akhirat


Penat Di Dunia, Penat Di Akhirat

Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari

Ungkapan diatas adalah ungkapan motivasi yang cukup hebat. Namun ramai yang tertipu kerana tersalah faham dengan maksud ungkapan tersebut. Mungkin ada yang berkerja bertungkus lumus siang malam untuk mengumpulkan harta benda untuk memenuhi keperluan hidup.

Thursday, December 4, 2014

Bahagiakah Aku


Setiap insan yang sihat akalnya pasti sentiasa ingin mencari kebahagiaan. Tidak kiralah kebahagiaan itu untuk kehidupan di dunia ataupun juga untuk kebahagiaan di akhirat kelak. Tahukah kita bahawa Allah swt dan Rasulullah saw sebenarnya telah meninggalkan kaedah-kaedah untuk kita dalam menggapai kebahagiaan tersebut? InsyaAllah kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips-tips untuk mencari kebahagiaan menurut al-Quran dan Sunnah.

Kaedah-Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran Dan Sunnah

1. Beriman dan beramal soleh.
"Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan mereka beriman, maka Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan apa yang mereka amalkan." (An-Nahl : 97)