Berkerjalah
kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu
seolah-olah kamu akan mati esok hari
Ungkapan
diatas adalah ungkapan motivasi yang cukup hebat. Namun ramai yang tertipu
kerana tersalah faham dengan maksud ungkapan tersebut. Mungkin ada yang
berkerja bertungkus lumus siang malam untuk mengumpulkan harta benda untuk
memenuhi keperluan hidup.
Cahaya Matahari pagi belum lagi menyinari alam, masing-masing sudah keluar untuk pergi berkerja. Hatta, azan subuh belum lagi berkumandang, tetapi telah ada manusia yang menunggu bas untuk pergi kerja. Mungkin ada yang hanya sempat melihat anak yang masih tidor sebelum pergi berkerja. Bila pulang dari kerja, anak telah pun masuk tidur semula.
Begitulah kesungguhan berkerja seolah-olah dia akan hidup 1000 tahun lagi. Jika begitulah keadaannya, adakah lagi masa terluang untuk menunaikan ketetapan agama? Adakah lagi masa untuk beribadah seolah-olah ia akan mati esok? Sedangkan ugama menuntut kita mendirikan solat berjemaah dimasjid.

Penat
Di Dunia, Berehat di Akhirat
Berkerjalah
kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu
seolah-olah kamu akan mati esok hari
Tetapi kamu kesuntukan masa, tidak ada masa lagi (kerana kamu akan mati esok hari) untuk mengumpulkan bekalan bagi perjalanan yang sangat jauh di Akhirat nanti. Dengan erti kata lain, kerja-kerja yang dilakukan boleh ditangguh atau dirancang tetapi hal kematian tidak boleh ditangguh. Prioriti atau keutamaan mesti diberikan dalam hal ibadah kerana kita kesuntukan masa, seolah-olah besok kita akan mati.
Orang yang bijak, akan merancang kerja-kerja hariannya (kerana ia akan hidup lama lagi) dengan memberi prioriti (keutamaan) kepada bekalan yang akan dibawanya mati esok hari.
Contohnya, bila telah masuk waktu solat semasa dia bermesyuarat, dia akan menangguhkan mesyuarat tersebut dan pergi mendirikan solat. Mesyuarat boleh ditangguhkan kerana dia mempunyai masa yang cukup banyak (1000 tahun) tetapi Solat tidak boleh ditangguh-tangguhkan kerana ruang masa yang amat terhad.
Hatta tidak seorang pun tahu saat kematian masing-masing. Apa kata, kalau dia diserang sakit jantung dan terus padam semasa bermesyuarat, sedangkan solat belum didirikan?
Jadi masa satu sekarang yang menjadi pilihan anda?
Penat Di Dunia, Penat Di Akhirat ATAU Penat Di Dunia, Berehat di Akhirat
No comments:
Post a Comment