Setiap
insan yang sihat akalnya pasti sentiasa ingin mencari kebahagiaan. Tidak
kiralah kebahagiaan itu untuk kehidupan di dunia ataupun juga untuk kebahagiaan
di akhirat kelak. Tahukah kita bahawa Allah swt dan Rasulullah saw sebenarnya
telah meninggalkan kaedah-kaedah untuk kita dalam menggapai kebahagiaan tersebut?
InsyaAllah kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips-tips untuk mencari
kebahagiaan menurut al-Quran dan Sunnah.
Kaedah-Kaedah
Mencari Bahagia Menurut Al-Quran Dan Sunnah
1.
Beriman dan beramal soleh.
"Sesiapa
yang beramal soleh baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan mereka beriman,
maka Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas
mereka dengan apa yang mereka amalkan." (An-Nahl : 97)
2.
Sentiasa mengingati Allah.
Dengan
berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekaligus bebas dari rasa
gelisah dan gundah gulana.
Firman
Allah : "Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang
hati itu." (Al-Ra'd : 28)
3.
Bersandar kepada Allah.
Dengan
cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa
dan kecewa.
Allah
berfirman yang bermaksud : "Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah
akan mencukupinya." (Al-Talaq :3)
4.
Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat
baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan iklas dan
mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya,
bermaksud : "Tidak ada kebaikan dalam kebanyakkan bisikan-bisikan mereka
kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah
atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia.
Barang siapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya
kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (An-Nisa' : 114)
5.
Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir
tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang
belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu
datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu kerana apa
yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.
Rasulullah
saw bersabda maksudnya : "Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang
bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah. Apabila
menimpa akan kamu sesuatu (daripada perkara yang tidak disukai) janganlah
engkau berkata : 'Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu',
akan tetapi katakanlah : 'Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia
akan lakukan', kerana sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka kepada
amalan syaitan".
(Hadis
Riwayat Muslim)
6.
Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri.
Lihatlah
orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki
kerana dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat yang telah diberikan
oleh Allah swt kepada kita.
Rasulullah
saw bersabda yang bermaksud : "Lihatlah orang yang di bawah kamu dan
jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih
mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada
kamu."
(Hadis
Riwayat Bukhari Dan Muslim)
7.
Jangan mengharap ucapan terima kasih manusia.
Ketika
melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun
balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah.
Kata
bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia
tidak pandai berterima kasih.
Malah
ada hukama' berkata, "Sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih
daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa."
Firman
Allah swt : "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana Allah
semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau
ucapan terima kasih." (Surah Al-Insan : 9)
Jadi
setelah kita mengetahui akan kaedah-kaedah menggapai kebahagiaan melalui
Al-Quran dan Sunnah, marilah sama-sama kita amalkan dalam kehidupan seharian.
Moga-moga kebahagiaan itu milik kita di dunia dan di akhirat. Hakikatnya
kebahagiaan itu datangnya daripada Allah. Oleh itu gantungkanlah harapan kita
dalam mencapai kebahagiaan itu kepada Allah swt. Ingatlah kebahagiaan yang hakiki
adalah bila kita mendapat keredhaan Allah dan berjaya membeli syurga Allah swt
di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment