WAHAI
anakku …
Perjalanan
terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid
Betapa
banyak orang yang kaya raya tidak sanggup untuk mengerjakannya. Jangankan
sehari lima waktu, seminggu sekali pun terlupa. Tidak jarang pula seumur hidup,
tidak pernah singgah ke sana.
Orang
pintar dan pandai pun sering tidak mampu melakukannya. Walaupun mereka mampu
mencari ilmu hingga ke universita di Eropah, Australia, ataupun Amerika.
Mampu
melangkahkan kaki ke Jepun, Cina dan Korea dengan semangat yang membara, namun
ke masjid, tetap saja perjalanan yang tidak mampu mereka tempuh, walaupun telah
bergelar Dr. Falsafah
Pemuda yang
kuat dan bertubuh sehat yang mampu menakluki puncak Gunung Guntur Garut dan
Cikuray Garut mahupun Everest pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid.
Alasan
mereka pun beragam. Ada yang berkata sebentar lagi, ada yang berkata takut
dikata alim dan sebaginya.
Maka
berbahagialah dirimu, wahai anakku. Bila dari kecil engkau telah terbiasa
melangkahkan kaki ke masjid.
Kerana bagi
kami, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yang paling
kami banggakan selain daripada perjalananmu ke masjid.
Biar
kuberitahu rahasianya kepadamu. Sejatinya perjalananmu ke masjid adalah
perjalanan untuk menemui Rabmu. Itulah perjalanan yang diajarkan oleh Nabi
serta perjalanan yang akan membezakanmu dengan orang-orang yang lupa akan Rabnya.
Oleh: Rahmat Idris
No comments:
Post a Comment