Monday, June 30, 2014
Saturday, June 28, 2014
Thursday, June 26, 2014
10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa
Kita sering dengar bahawa amalan puasa mempunyai baik untuk kesihatan dan mempunyai pelbagai hikmah. Tapi apakah kelebihannya? Terutama dari segi kesihatan, kawalan berat badan dan mungkin juga peranan puasa untuk mengawal beberapa penyakit?
10
Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa
Berikut
adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.
Wednesday, June 25, 2014
Jom Sembahyang
Hadith:
Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab
pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya
diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika
sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang
dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu
mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang
terkurang dari sembahyang fardunya?
Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.
Tuesday, June 24, 2014
HATI : Seketul Daging Yang Istimewa
Antara
semua makhluk cikpataan Allah SWT, manusia adalah ciptaannya yang paling
sempurna. Selain lengkap dengan tujuh pancaindera, allah juga mengurniakan akal
dan fikiran bagi memudahkan manusia membuat pertimbangan.
Walaubagaimanapun,
akal dan fikiran dikendalikan oleh seketul daging di dalam tubuh manusia yang
dikenali sebagai hati. Hati diibaratkan sebagai raja dalam sebuah negeri. Hati
jugalah yang memerintah seluruh anggota badan supaya bertindak sesudah mendapat
arahan serta bertindak mengikut arahan.
Monday, June 23, 2014
Nikmat Masa
Di antara tanda orang yang rugi adalah banyak bergaul tetapi bukan
untuk menambahkan ilmu, banyak
bersembang kosong , bergurau dan banyak bercakap
Dari Ibnu
'Abbas ra, Rasulullah bersabda:
وَالْفَرَاغُالصِّحَّةُ:النَّاسِ
مِنَ كَثِيْرٌ فِيْهِمَا مَغْبُوْنٌ نِعْمَتَانِ
“Dua nikmat
yang ramai manusia tertipu, nikmat sihat
dan waktu lapang.” (Riwayat Bukhari).
CCTV Allah tiada yang mampu menutupnya
Allah
S.W.T. bersifat Basyar ertinya bahawa Allah Maha Melihat apa sahaja yang ada di
alam ini. Allah S.W.T dapat melihat segala gerak geri hamba-hamba-Nya. Meskipun
hamba-hamba-Nya beramal dalam keadaan sembunyi-sembunyi, namun Allah S.W.T
dapat melihatnya dengan jelas dan terang.
Penglihatan
Allah S.W.T itu tidaklah sama dengan penglihatan yang ada pada makhluk
ciptaan-Nya. Penglihatan pada makhluk berhajatkan kepada sesuatu alat yang
dapat membantunya seperti mata, cahaya dan sebagainya. Namun Allah S.W.T. tidak
berhajat kepada sesuatu bendapun dalam melihat segala sesuatu.
Friday, June 20, 2014
Thursday, June 19, 2014
Malu Itu Sebahagian Dari Iman
Hadis Sahih
Bukhari ke-24:
عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ
اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - مَرَّ عَلَى رَجُلٍ
مِنَ الأَنْصَارِ وَهُوَ يَعِظُ أَخَاهُ فِى الْحَيَاءِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ
- صلى الله عليه وسلم - دَعْهُ فَإِنَّ الْحَيَاءَ مِنَ الإِيمَانِ
Dari Salim
bin Abdullah, dari ayahnya, ia berkata, "Rasulullah SAW lewat di hadapan
seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya karena saudaranya pemalu. Maka
Rasulullah SAW bersabda, 'Biarkan dia! Sesungguhnya malu itu sebagian dari
iman.'"
Wednesday, June 18, 2014
Khusyuk di dalam solat
Ramai orang
Islam yang mengerjakan solat tetapi berapa ramai yang dapat merasai khusyuk di
dalam solatnya ? Khusyuk merupakan perkara maknawi yang tidak dapat dilihat
namun mampu dirasa oleh sebahagian orang. Sebuah kitab fiqh yang menyentuh
secara khusus tentang bab solat ini ialah Muniyatul Musalli yang mana solat
digambarkan sebagai persembahan hadiah kepada Khaliq. Solat yangtidak khusyuk
ibarat persembahan hadiah yang tidak bernilai dan tidak memberi sebarang makna.
Tuesday, June 17, 2014
Bila Iman Bercuti
Diri :
Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?
Iman :
Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..
Diri :
Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang
bila jabatan kau takde..
Iman :
Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil INTERNET, FB,
INSTAGRAM, TWETTER, WHATSAPP, MOVIE, HIBURAN, TV, TAB, SMARTPHONE.. jadi kami
rasa terpinggir.
Friday, June 13, 2014
Thursday, June 12, 2014
Program Nisfu Syaaban
Assalamualaikum
Kami di
Madrasah Addiniah Al Mardiyah (Pondok Sg.Kob) berbesar hati untuk menganjurkan
majlis sambutan malam Nisfu Syaaban.
Program ini
dianjurkan adalah untuk memuliakan malam 15 Syaaban
...
TARIKH: 12
June 2014 (khamis
LOKASI:
Madrasah Addiniah Al Mardiyah (Pondok Sg.Kob)
TENTATIF
MAJLIS
7.33 PM
• SOLAT
MAGHRIB
• BACAAN
YASSIN 3 X
• JAMUAN
RINGAN
Anda
dialu-alukan untuk membawa manisan, makanan ringan atau pencuci mulut untuk
dinikmati dan dikongsi bersama secara 'potluck'.
Tuesday, June 10, 2014
Diam Itu Lebih Baik
Daripada
Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa
yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik
atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka
hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan
Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.
Hadis riwayat
al-lmam al-Bukhari dan Muslim
Monday, June 9, 2014
Thursday, June 5, 2014
Tanda-Tanda Hati Yang Sakit
Murid-muridnya
menjawab: "Ya."
Guru yang
bijak ini melanjutkan: "Begitu juga hati kita. Jika tidak diberikan ilmu
dan hikmah selama tiga hari, ia akan mati."
Setiap
amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang
baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan perbuatan yang buruk. Meskipun
ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati
sangat menentukan kualiti amalan seseorang.
Wednesday, June 4, 2014
Cinta Dunia Vs Cinta Akhirat
Cinta Dunia
vs Cinta Akhirat .
Al-Imam Hasan al-Basri r.hm. berkata: “tidaklah aku berasa pelik terhadap sesuatu seperti yang kurasai ke atas orang yang tidak menggangap cinta dunia sebahagian dari dosa besar. Demi Allah! Sungguh orang yang mencintainya benar-benar termasuk dosa yang besar. Dan tidaklah dosa-dosa menjadi bercabang-cabang melainkan kerana mencintai dunia. Bukankah punca menyembah patung serta menderhakai al-Rahman adalah kerana cinta dunia dan lebih mengutamakannya?” (Mawa’izh al-imam hasan al-basri, hal 138)
Demi Masa
Allah
menyuruh kita supaya memilih, menyuruh kita bertanggungjawab atas pilihan kita.
Maka dosa dan pahala pun datang sebab ada pilihan dalam tindakan. Oleh itu
hendaklah kita memahami dengan benar tentang pilihan dan pelajarilah segala
jen...is pilihan yang ada dalam kehidupan kita semampu yang boleh.
Masa yang
diberi 24 jam sehari, kemana dan dimana dihabiskan? Kita seringkali merungut
tiada masa, tak cukup masa bila diajukan soalan berkenaan akhirat, kita sering
mengelak apabila dipelawa ke majlis-masjlis ilmu dengan pelbagai alasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)