Murid-muridnya
menjawab: "Ya."
Guru yang
bijak ini melanjutkan: "Begitu juga hati kita. Jika tidak diberikan ilmu
dan hikmah selama tiga hari, ia akan mati."
Setiap
amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang
baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan perbuatan yang buruk. Meskipun
ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati
sangat menentukan kualiti amalan seseorang.
Rasulullah
SAW bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul
daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka
rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati. (riwayat Al-Bukhari
dan Muslim)
Hati
manusia sangat ajaib. Ia selalu berubah-ubah. Ia juga sangat mudah dipengaruhi
oleh faktor-faktor luaran. Apa-apa yang dilihat ataupun didengar dapat merubah
suasana hati. Oleh yang demikian, seorang mukmin wajib selalu menjaga
pancainderanya daripada maksiat agar terjaga kejernihan hati.
Sebagaimana
tubuh badan, hati boleh sihat ataupun sakit. Tanda hati yang sihat adalah ia
giat melakukan ibadat dan amalan kebajikan. Setiap amalan ibadah dan zikir
terasa nikmat untuk dikecapi. Sama seperti seseorang yang tengah sihat
tubuhnya, ia akan nikmat menyantap makanan dan minuman.
Adapun
tanda hati tengah sakit adalah ia tidak dapat merasakan manisnya ibadat. Ia
tidak tahan berlama-lama dalam aktiviti ibadah. Sebaliknya, ia sangat seronok
melakukan maksiat. Seperti orang yang tengah sakit kulit, perkara yang paling
nikmat adalah menggaruk gatalnya hingga melukai diri sendiri.
Imam Tabiin
di Basrah yang bernama Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik semak kesihatan
hati. Beliau berkata: "Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara: ketika
melakukan solat, membaca al-Quran dan ketika berzikir. Jika engkau
merasakannya, maka bergembiralah. Namun jika kau tidak merasakannya, maka
ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup."
Hati orang
kebanyakan seperti kita tidak berapa sihat. Kita sedari ataupun tidak, pelbagai
penyakit tersimpan di dalam hati kita seperti hasad dengki, dendam, tamak,
kedekut, meragukan janji Allah dan lain-lain. Tingkatan sakit itu berbeza-beza.
Ada yang masih ringan, ada juga yang sudah parah.
Oleh itu,
kita perlu segera mengubati hati kita. Ubat hati adalah hikmah dan ilmu yang
memperkenalkan tuhannya, hakikat dirinya dan tugasan yang mesti ia lakukan di
dunia sebagai hamba Allah. Semua itu boleh didapatkan apabila kita bercampur
dengan orang-orang yang "berhati sihat."
Berkata
Ibrahim Al-Khawas, "Ubat hati lima perkara: Membaca al-Quran sambil
memahami maknanya, mengosongkan perut, solat malam, berdoa pada waktu fajar dan
bergaul dengan orang-orang saleh."
Jika kita
tidak segera mengubati hati yang sakit, ia akan terus sakit. Suatu hari nanti,
ia bahkan boleh mati. Orang yang mati hati lebih berbahaya daripada mati jasad.
Sebab orang yang mati jasad boleh segera dikuburkan.
Namun orang
yang mati hati akan menjadi sampah masyarakat. Ia sangat mengganggu kehidupan
masyarakat, namun tidak boleh dibuang ataupun ditanam.
-Utusan
No comments:
Post a Comment