Antara
semua makhluk cikpataan Allah SWT, manusia adalah ciptaannya yang paling
sempurna. Selain lengkap dengan tujuh pancaindera, allah juga mengurniakan akal
dan fikiran bagi memudahkan manusia membuat pertimbangan.
Walaubagaimanapun,
akal dan fikiran dikendalikan oleh seketul daging di dalam tubuh manusia yang
dikenali sebagai hati. Hati diibaratkan sebagai raja dalam sebuah negeri. Hati
jugalah yang memerintah seluruh anggota badan supaya bertindak sesudah mendapat
arahan serta bertindak mengikut arahan.
tindakan
yang dilakukan itu sama ada berupa kebaikan atau kejahatan, ia banyak
bergantung kepada hati itu sendiri. Hati adalah anggota tubuh manusia yang
paling mulia. Hati terletak di dalam dada. Ia dilindungi dan dikelilingi oleh
seluruh anggota tubuh sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang raja.
Hari tidak
dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi tindakan yang diambil oleh hati dapat
dilihat pada perilaku seseorang seperti kesabaran, keilmuan, kemuliaan, cinta,
kehendak, kerelaan dan pelbagai lagi yang terpancar pada diri manusia itu.
bukan hanya kebaikan sahaja, tetapi boleh berupa tindakan yang berunsur
kejahatan termasuklah perbuatan yang mengingkari perintah allah. Marah, benci,
dengki, sombong dendam adalah antara perbuatan tersebut. Semua anggota tubuh
kita sama ada yang dapat dilihat atau tidak , termasuklah segala kekuatannya
adalah benteng kepada hati.
Mata dan
hati mempunyai hubungan erat yang tidak boleh dipisahkan. Segala yang dilihat
oleh mata terus dihantar ke hati. apabila mata melihat sesuatu, mata dengan
cepat menghantar isyarat ke hati. kemudian hati segera membuat tindakan
susulan.
apa pun
tindakan yang dibuat oleh anggota tubuhselepas menerima arahan daripada hati
tidak akan terlepas begitu sahaja pada hari akhirat. Semua anggota tubuh
dipertanggungjawapkan dan menjadi saksi setiap perkara yang dilakukan semsa
hidup di dunia.
Ini
ditegaskan oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an, maksudnya :
"sesungguhnya
pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawapannya" (Surah Al-Israk, ayat 136)
Ayat ini
menjelaskan, telinga, mata, hati dan seluruh anggota badan
dipertanggungjawapkan atas apa juga perkara yang dilakukan semasa di dunia.
mata yang melihat, telinga yang mendengar, dan hati yang mengeluarkan arahan akan
diminta menjadi saksi.
Sekiranya
hati seseorang itu sering membuat keputusan yang berpandukan dengan ajaran
Al-Qur'an , maka berbahagialah mereka yang mempunyai hati seperti ini. Tetapi
sekiranya memiliki hati yang sering membuat
keputusan yang berpandukan kepada hasutan syaitan, hanya kebinasaan
sahaja yang akan menimpa mereka.
Abu
Hurairah melaporkan dalam sebuah hadis
"Hati
adalah umpama raja dan anggota badan adalah sebagai pengawalnya. Apabila raja
memerintah dengan baik, maka pengawalnya tentu bertugas dengan baik. apabila
rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik, maka sudah tentu pengawalnya pun
begitu juga"
Hadis ini
diperkuatkan lagi dengan pengakuan rasulullah :
"Ketahuilah,
sesungguhnya di dalam tubuh badan ada segumpal daging, apabila ia baik, maka
baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk, maka buruklah keseluruhannya.
ketahuilah ia adalah hati"
Hati juga
ssering dikaitkan dengan kehidupan dan kematian.....
No comments:
Post a Comment