Di antara tanda orang yang rugi adalah banyak bergaul tetapi bukan
untuk menambahkan ilmu, banyak
bersembang kosong , bergurau dan banyak bercakap
Dari Ibnu
'Abbas ra, Rasulullah bersabda:
وَالْفَرَاغُالصِّحَّةُ:النَّاسِ
مِنَ كَثِيْرٌ فِيْهِمَا مَغْبُوْنٌ نِعْمَتَانِ
“Dua nikmat
yang ramai manusia tertipu, nikmat sihat
dan waktu lapang.” (Riwayat Bukhari).
Masa adalah
ukuran zaman. Hari-hari yang kita lalui adalah umur kita. Apabila ia berlalu,
maka hilanglah sebahagian dari hidup kita. Masa adalah anugerah terbesar dan
paling berharga bagi manusia. Masa menjadi sebab berbagai pencapaian cemerlang
bagi seseorang bila dia mampu memanafaatkannya
dengan bijaksana.
Tidaklah
Allah bersumpah dalam al-Quran dengan meggunakan kata ‘masa’ , wal-‘ashri,
wad-dhuha, wal-laili, bis-syafaqi, wal-fajri, dan sebagainya,melainkan semuanya mengisyaratkan tentang betapa
pentingnya waktu. Dengan tujuan agar
manusia berdisiplin dan menghargai masa
hidupnya.
Waktu yang
Allah berikan kepada kita lebih berharga daripada emas kerana ia adalah
kehidupan itu sendiri. Seorang Muslim tidak patut mensia-siakan waktu lapangnya
dengan hanya bergurau, bermain-main dan
melakukan hal-hal yang tidak bermanfaat. Sesungguhnya dia tidak akan mampu menggantikan masa yang telah berlalu. Siapa yang mensia-siakan
masa, maka besarlah kerugiannya, sebagaimana
orang sakit yang merasa rugi kehilangan kesihatan dan
kekuatannya.
Seorang
Muslim yang pada dirinya terkumpul dua nikmat ini, iaitu kesihatan badan dan
waktu lapang, maka hendaknya menunaikan hak keduanya dengan melakukan ketaatan
dan berusaha memperolehi keredhaanNya . Tapi sekiranya ia mensia-siiakannya maka sesungguhnya dia adalah manusia yang tertipu. Ketahuilah,
kesihatan akan digantikan dengan sakit dan waktu lapang akan digantikan dengan
kesibukan. Sebagaimana seorang pedagang yang memiliki modal, iaitu kesihatan
dan waktu lapang, maka ia tidak patut mensia-siakan modal yang ada padanya
selain dari melakukan ketaatan kepada Allah.
No comments:
Post a Comment