Kita sering dengar bahawa amalan puasa mempunyai baik untuk kesihatan dan mempunyai pelbagai hikmah. Tapi apakah kelebihannya? Terutama dari segi kesihatan, kawalan berat badan dan mungkin juga peranan puasa untuk mengawal beberapa penyakit?
10
Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa
Berikut
adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.
1. Kurang berat:
Saya rasa kebanyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan dalam bulan
ramadhan? Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan
tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).
2. Kawalan diri:
Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu
makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan
nafsu makan memang mustahak.
3. Kurangkan gula
darah. Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka
(lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga
tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
4. Kolesterol:
Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan
kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat
badan sepanjang bulan puasa.
5. Kurangkan
tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah
tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang
lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water
retention.
6. Ubah gaya
hidup: Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah
tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk membuang
tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.
7. Rehat: Ini
penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang untuk
kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga
dapat rehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat
daripada aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada badan untuk
membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun.
8. Bantu buang
ketagihan: Ingin buang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain?
Jangan sia-siakan peluang berbuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama.
9. Kawal stres:
Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada
akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan
pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya
menyenangkan disamping dapat pahala, insyallah.
10.Lain-lain: Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang
bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri,
kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment