Allah
S.W.T. bersifat Basyar ertinya bahawa Allah Maha Melihat apa sahaja yang ada di
alam ini. Allah S.W.T dapat melihat segala gerak geri hamba-hamba-Nya. Meskipun
hamba-hamba-Nya beramal dalam keadaan sembunyi-sembunyi, namun Allah S.W.T
dapat melihatnya dengan jelas dan terang.
Penglihatan
Allah S.W.T itu tidaklah sama dengan penglihatan yang ada pada makhluk
ciptaan-Nya. Penglihatan pada makhluk berhajatkan kepada sesuatu alat yang
dapat membantunya seperti mata, cahaya dan sebagainya. Namun Allah S.W.T. tidak
berhajat kepada sesuatu bendapun dalam melihat segala sesuatu.
Allah
S.W.T. melihat dengan sendirinya dan tidak memerlukan bantuan makhluk atau alam
ini sama sekali.
Firman
Allah S.W.T. (yang bermaksud):
"Sesungguhnya
Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Melihat
apa yang kamu kerjakan." (Al Hujuraat, 18).
Segala
aktiviti yang terjadi di alam ini, baik terang mahupun yang gelap, yang besar
mahupun yang kecil, yang nyata, mahupun yang ghaib tidak akan luput daripada
penglihatan Allah S.W.T.
Keyakinan
dengan sifat Allah Maha Melihat ini menjadikan insan-insan yang beriman
bertambah takut dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. kerana mereka mengetahui
bahawa Allah sentiasa melihat amalan yang dikerjakannya.
Hati manusia
menjadi damai dan tenteram dengan menanamkan keyakinan bahawa Allah S.W.T
bersifat Maha Melihat. Jiwanya sentiasa terbimbing dengan jalan yang lurus dan
ia sentiasa menjaga dirinya dari terjatuh kejurang kemaksiatan.
No comments:
Post a Comment