Allah
menyuruh kita supaya memilih, menyuruh kita bertanggungjawab atas pilihan kita.
Maka dosa dan pahala pun datang sebab ada pilihan dalam tindakan. Oleh itu
hendaklah kita memahami dengan benar tentang pilihan dan pelajarilah segala
jen...is pilihan yang ada dalam kehidupan kita semampu yang boleh.
Masa yang
diberi 24 jam sehari, kemana dan dimana dihabiskan? Kita seringkali merungut
tiada masa, tak cukup masa bila diajukan soalan berkenaan akhirat, kita sering
mengelak apabila dipelawa ke majlis-masjlis ilmu dengan pelbagai alasan.
Tetapi kita
mempunyai banyak masa untuk perkara duniawi. Sebagai contoh,masih mempunyai
masa untuk main bola, mendenggar muzik, menonton rancangan hiburan, kilauan
emas, WWE, CNN, muzik-muzik dan pelbagai lagi.
Persoalannya
mana datangnya masa tersebut? tak lain tak bukan, kitalah yang memberikan /
memperuntukan masa tersebut.
Kenapa?
kerana ianya merupakan perkara yang kita suka.
Berbalik
kepada perkara masa ini, marilah kita bersama-sama mengurus kembali masa kita
sebaik-baiknya. Peruntukan lebih banyak masa untuknya sebelum masa yang ada
berlalu bergitu sahaja.
Semoga kita
semua mendapat hidayahnya dan diberi peluang secukup-cukupnya. Amin
No comments:
Post a Comment