Friday, December 26, 2014
Wednesday, December 17, 2014
Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid
WAHAI
anakku …
Perjalanan
terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid
Betapa
banyak orang yang kaya raya tidak sanggup untuk mengerjakannya. Jangankan
sehari lima waktu, seminggu sekali pun terlupa. Tidak jarang pula seumur hidup,
tidak pernah singgah ke sana.
Orang
pintar dan pandai pun sering tidak mampu melakukannya. Walaupun mereka mampu
mencari ilmu hingga ke universita di Eropah, Australia, ataupun Amerika.
Tuesday, December 9, 2014
Monday, December 8, 2014
Penat Di Dunia, Penat Di Akhirat ataupun Penat Di Dunia, Berehat di Akhirat
Berkerjalah
kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu
seolah-olah kamu akan mati esok hari
Ungkapan
diatas adalah ungkapan motivasi yang cukup hebat. Namun ramai yang tertipu
kerana tersalah faham dengan maksud ungkapan tersebut. Mungkin ada yang
berkerja bertungkus lumus siang malam untuk mengumpulkan harta benda untuk
memenuhi keperluan hidup.
Thursday, December 4, 2014
Bahagiakah Aku
Setiap
insan yang sihat akalnya pasti sentiasa ingin mencari kebahagiaan. Tidak
kiralah kebahagiaan itu untuk kehidupan di dunia ataupun juga untuk kebahagiaan
di akhirat kelak. Tahukah kita bahawa Allah swt dan Rasulullah saw sebenarnya
telah meninggalkan kaedah-kaedah untuk kita dalam menggapai kebahagiaan tersebut?
InsyaAllah kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips-tips untuk mencari
kebahagiaan menurut al-Quran dan Sunnah.
Kaedah-Kaedah
Mencari Bahagia Menurut Al-Quran Dan Sunnah
1.
Beriman dan beramal soleh.
"Sesiapa
yang beramal soleh baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan mereka beriman,
maka Kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas
mereka dengan apa yang mereka amalkan." (An-Nahl : 97)
Thursday, November 27, 2014
Wednesday, November 26, 2014
Sunday, November 23, 2014
4 Jenis Hidayah Bagi Pecinta Ilmu
Apabila
kita menghadiri majlis ilmu. Ada 4 jenis hidayah yang akan kita dapat
1-
Hidayah Hadir
Beruntunglah mereka yang Allah pilih untuk
hadir kemasjid
ataupun majlis –majlis ilmu.
2-Hidayah
Dengar
Memberi sepenuh perhatian dan minat terhadap
ilmu yang
dikongsikan (tidak tidur semasa majlis ilmu)
3-Hidayah
Faham
Memahami isi perkongsian ilmu dengan jelas
dan mampu
menyampaikannya pula kepada ahli
keluarga,jiran, rakan-rakan
seperti mana yang dipelajari semasa kuliah.
4-Hidayah
Faham
Mampu mengamalkan apa yang dipelajari dengan
sepenuh jiwa
dan bertekad untuk memperbaiki diri kearah
yang lebih positif dari
hari kesehari berpandukan ilmu yang
dipelajari.
Justeru
itu beruntunglah mereka yang mendapata kesemuanya dan sedikit kerugian bagi
mereka yang hanya menadapat 1/4, 1/2 @ 3/4 sahaja.
Saturday, November 15, 2014
Bersangka Baik
Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada
orang lain. Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam
kerana bersangka baik itu lebih baik, mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh
orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.
Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah
berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar
daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara
untuk meletakkannya di tempat yang baik.”
Friday, November 14, 2014
Bila Anak Merajuk
Ingatan utk diri sendiri juga ni....
Antara masa kerja mencari gaji dan masa demi anak2.👪
... Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 ibu pun blk lewat🕗....
Anak2 redha di tempat org... Belajar🔠🔤, bermain, Riang , Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!,
Sepanjang di tempat kerja,, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah, Rindu ibu ,
Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat , xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg 🕕 diulang, 6:00 ptg 🕕 saat anak nampak ibu dan ayah dia , anak kita tekad... Dia nak ibu tgk dia .... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI 🙇shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Ibu saya rindu n sayang sgt kat ibu....."
Anak2 redha di tempat org... Belajar🔠🔤, bermain, Riang , Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!,
Sepanjang di tempat kerja,, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah, Rindu ibu ,
Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat , xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg 🕕 diulang, 6:00 ptg 🕕 saat anak nampak ibu dan ayah dia , anak kita tekad... Dia nak ibu tgk dia .... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI 🙇shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Ibu saya rindu n sayang sgt kat ibu....."
Wednesday, November 12, 2014
Tuesday, November 11, 2014
Masihkah ada waktu
Mungkin hari ini kita beruntung dan berasa lapang dada
kerana terselamat daripada dosa, tapi bagaimana dengan hari esok dan
seterusnya? Adakah kita boleh memberi jaminan tidak terbabit dengan sebarang
dosa?
Ada orang hidupnya dipenuhi dosa. Pendek kata dalam sehari
semalam, semuanya mendatangkan dosa. Di dalam rumah mahupun di luar, segalanya
menyebabkan dosa. Apa fikiran anda terhadap orang seperti ini?
Sebelum itu, cuba kita perhatikan ayat 53 daripada surah
az-Zumar yang bermaksud: “Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua Yang
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Thursday, October 9, 2014
Wednesday, October 8, 2014
Monday, October 6, 2014
Beratnya Solat Subuh
Dua
shalat yang memiliki keutamaan yang besar adalah shalat Shubuh dan Shalat
Isya.Dua shalat inilah yang terasa berat bagi orang-orang munafik.
Dari
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
وَلَوْ
يَعْلَمُونَ مَا في العَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوَاً
“Seandainya
mereka mengetahui keutamaan yang ada pada shala Isya’ dan shalat Shubuh, tentu
mereka akan mendatanginya sambil merangkak.” (HR. Bukhari no. 615 dan Muslim
no. 437)
Thursday, September 25, 2014
Wednesday, September 24, 2014
Wednesday, September 17, 2014
Soalan Bocor Yang Tidak Mungkin Dapat Dijawab
Soalan dan Jawapan Yang Bocor Tapi Masih Tidak Dapat Dijawab, sekiranya IMAN bukannya PILIHAN kita.
Setiap yang hidup akan mati, dan setiap yang mati akan dibangkitkan semasa di Padang Masyar. Adakah kita golongan ahli Syurga atau golongan ahli Neraka. Kita yang tentukan sama ada di Syurga atau di neraka selepas kehidupan di alam barzakh.
Friday, September 12, 2014
Makhluk Tanpa Ibu
Seorang
Yahudi pernah bertanya, Beritahu kepadaku apakah 5 makhluk yang dilahirkan
tanpa melalui ibu @ emak. Soalan ini dilontarkan secara spotan tanpa merujuk
kepada mana-mana sumber.
Sekiranya
soalan ini dapat dijawab, maka aku akan memeluk Islam. Alangkah terkejutnya
Yahudi tesebut apabila Syadina Ali dapat menjawab soalan tersebut dengan mudah
serta bersadarkan ayat-ayat Al-Quran sebagai sandaran malah boleh memberitahu
lebih dari itu jika mau.
Monday, August 25, 2014
Haram Meletakkan Patung Perhiasan Di Rumah
Rasulullah
sangat menegah umatnya meletakkan patung di dalam rumah mereka, kerana Malaikat
tidak masuk ke dalam rumah orang tersebut untuk memberikan rahmat, kerana rumah
yang meletakkan patung sebagai perhiasa ini seolahnya sepertimana rumah orang
non muslim yang meletakkan berhala di rumah mereka. Hadis Rasulullah saw yang
bermaksud :
“Sesungguhnya
manusia yang paling berat seksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang
yang membuat patung-patung itu”. Dalam riwayat lain dikatakan :
"Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Friday, August 22, 2014
Bagaimana keadaan manusia ketika bangkit dari kubur?
Suatu
ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: “Wahai
Rasullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: “Pada
sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” -(Surah
an-Naba’:18)
Mendengar
pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda
menjawab:
“Wahai
Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa
umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri…. Maka dinyatakan apakah 12
barisan berkenanaan yaitu:
BARISAN
PERTAMA
Diiringi
dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan
melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: ” Mereka itu adalah orang-orang
yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka…”
Monday, August 18, 2014
Sambutan Majlis Hari Raya (Open House) di Madrasah Addiniah Al Mardiyah (Pondok Sg.Kob)
Alhamdulillah, Majlis sambutan hari raya Aidilfitri berjalan dengan lancarnya. Program yang diadakan pada hari Sabtu (16 August 2014) mendapat sambutan dan berjalan dengan lancar dengan izinnya di Madrasah Addiniah Al Mardiyah (Pondok Sg.Kob)
Seperti sambutan-sambutan hari raya yang lazimnya, majlis tidak akan berseri tanpa kehadiran makanan wajib seperti Lontong, Ketupat Nasi, Ketupat Pulut, Lemang dan Rendang.
Monday, August 11, 2014
Kisah Iblis bertemu Rasullullah
Ketika kami
sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba
terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:
"Wahai
penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "
Rasulullah
bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"
Kami
menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."
Beliau
melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."
Umar bin
Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"
Nabi
menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya
kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia
telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan
dengarkan dengan baik."
Ibnu Abbas
RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu
matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya
terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..
Wednesday, July 23, 2014
Monday, July 21, 2014
10 Quality Yang Perlu Ada Pada Muslim Sejati
Al-Qur’an dan Hadis
adalah dua pusaka Rasulullah SAW yang harus selalu dirujuk setiap muslim dalam
segala aspek kehidupan. Satu dari sekian aspek kehidupan yang sangat penting
adalah pembentukan dan pengembangan pribadi muslim.
Pribadi muslim yang
dikehendaki Al-Qur’an dan sunnah adalah pribadi yang saleh. Pribadi yang sikap,
ucapan dan tindakannya terwarnai oleh nilai-nilai yang datang dari ALLAH SWT.
Persepsi atau gambaran
masyarakat tentang pribadi muslim memang berbeda-beda. Bahkan banyak yang
pemahamannya sempit sehingga seolah-olah pribadi muslim itu tercermin pada
orang yang hanya rajin menjalankan Islam dari aspek ubudiyah-nya saja.
Padahal, itu hanyalah
salah satu aspek saja dan masih banyak aspek lain yang harus melekat pada
pribadi seorang muslim. Bila disederhanakan, setidaknya ada sepuluh karakter
atau ciri khas yang mesti melekat pada pribadi muslim.
Sunday, July 20, 2014
Majlis berbuka puasa beramai-ramai di Madrasah Addiniah Al Mardiyah (Pondok Sg.Kob)
Alhamdulillah, Program berbuka puasa beramai-ramai yang dirancangkan pada hari Sabtu (19 July 2014) mendapat sambutan dan berjalan
dengan lancar dengan izinnya di Madrasah Addiniah Al Mardiyah (Pondok Sg.Kob)
Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan tahlil
Dan diikuti dengan majlis berbuka puasa beramai-ramai secara sunah Nabi, makan mengunakan dulang.
Semoga ikatan yang terjalin sesama kita akan terus kekal selamanya dan diteruskan untuk program-program yang seterusnya. Insyaallah.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang menjayakan majlis ini secara langsung dan tak langsung dari segi masa, wang ringgit, makanan dan sebagainya. Semoga Allah memurahkan rezeki kita semua hendaknya.
Amin
Wednesday, July 16, 2014
Labuhkan Pakaianmu
“Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup
seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al
Ahzab:59)
Subscribe to:
Posts (Atom)